Sejarah Awal Brad Pitt

Pitt dilahirkan pada 18 Disember, 1963, di Shawnee, Oklahoma. Bapanya adalah seorang pengurus syarikat trak, manakala ibunya bekerja sebagai kaunselor sekolah. Anak bongsu kepada tiga beradik, Pitt dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Kristian Baptis.

Sewaktu muda keluarganya telah berpindah ke sebelah utara AS iaitu di Springfield, Missouri. Selepas tamat persekolahan, dia telah mendaftar di University of Missouri, di mana dia belajar ilmu kewartawanan dan pengiklanan. Walaupun begitu, sewaktu di universiti dia mula berminat dengan berlakon. Belum sempat dia menjadi graduan, dia telah meninggalkan alam universiti dan berhijrah ke Hollywood.

Disebabkan bimbang dengan reaksi ibu bapanya, dia telah membohongi mereka dengan memberitahu bahawa dia ke Pasadena untuk melanjutkan pelajaran di Art Center College of Design. Sewaktu di California, Pitt telah mengambil kelas lakonan dan mencari pendapatan melalui pelbagai cara seperti menjadi pemandu kereta, pelayan restoran, dan juga pernah memakai sut ayam besar untuk mempromosikan sebuah restoran disana.